dah lama tak menulis... bersawang dah blog ni. huhuhuhu
bukan aku tak nak menulis... tapi jari gemuk aku ni yang pemalas. dia biar jer hati aku berkata -kata sampai naik semput paru-paru ni melayan..
hari ni paru-paru aku nak meletup...sebab hati aku dah padat. otak plak kusut. jadi aku tak dapat nak pikirkan ayat terbaik aku nak susun kat sini...
hmmm... aku tak suka bagitau orang apa aku buat... nak nak kalau benda tu aku buat untuk diri sendiri buat pertama kali dan aku pun tak tahu hasilnya macam mana lagi....
Tapi aku berdepan dengan orang yang suka bagitau apa yang dia nak buat walaupun dia sendiri tak tahu hasilnya macam mana lagi..
aku tegur orang tu...dan orang tu tegur aku balik. pendek kata aku tak suka cara ko dan ko pun tak suka cara aku... tapi kita duduk dalam bulatan yang sama... owhh peningggg..!
Disebabkan cara aku jugak... masyarakat sekeliling orang tadi beranggapan aku tak suka apa yang diorang buat. pulak dahhhh...
aku tak kata apa masyarakat tu buat salah... aku cuma tak suka cara orang tadi menghebahkan perbuatan dia. salah ker kita mengamalkan perkongsian tertutup di awal waktu....?
bila dah duduk dalam situasi macam ni... aku rasa hina sangat... kerdil sangat kat pandangan masyarakat td. hanya sebab aku tak menonjolkan diri...aku dianggap tidak serasi dengan komuniti...
dekat sape aku nak bagi paham...? kalau orang tadi pun tak nak cuba memaham..?
ke aku yang terlalu tersembunyi...?
macam katak terlangkup dek tempurung......???
No comments:
Post a Comment