Monday, 25 February 2013

2013

Assalamualaikum....
 
Hmmm...2013 sudah. orang taip entry taun baru punya la awal. aku lak dua bulan dah hampir berlalu baru nak pegang keyboard.....takpelah, mujur ada dari takde langsung kan? hihihih.  Tahun ni ada banyak perubahan berlaku.
Antaranya opis aku dah ada staff baru.... sorang kerani dan seorang driver. so, tak la aku dok sorang-sorang. tapi memandangkan dekat 2 tahun aku lepak sorang, kedatangan orang baru ni buat aku kekok la plakkk... hahaha. 

2013 ni juga memperlihatkan jadual kerja aku yang dah semakin advanced...OUT STATION..!! huhuhuhu, tak pasal-pasal tahun ni aku kena wat kerja marketing kat luar..
kelam kelibut la jugak kalau tetiba pagi masuk opis bos kata " hari ni kita wat marketing" (T___T) sebab aku yang uruskan anak hari-hari. hantar g sekolah, ambik. hantar g umah pengasuh lak. 
marketing lak bukan sekitar pejabat ni haa... nun jauh ke rompin. kadang-kadang aku ke chini dan muadzam. akan datang plak...aku akan ke segamat dan mersing. tengok jadual, dah macam orang bujang dah... dah tu tak ke memerlukan gaya hidup dan pengurusan yang lebih baik... hahaha

Sebut pasal gaya hidup, ini juga antara perubahan ketara yang berlaku.
PERCAMBAHAN LEMAK YANG PESAT..!
tak pasal-pasal jugak aku kena sound dengan doktor, 
"SILA TURUNKAN BERAT AWAK...MINIMUM 5KG"  aku lak...."BAIK DOKTOR..!!"  (-___-) 
maka bermula la aku berjinak - jinak makan OAT.  benda yang paling tak suka aku makan.!! (mak mertua aku panggil KO-OT, so kalau sape-sape ada yang menyinggah tu jangan pelik lak... dan jangan gatai bg dawai kokot, naye ke kang... hehehe)

Tetapi demi mencapai target doktor, aku gagahkan jugak.. huhuhuhu. aku sendiri pun dah lama stop ambik minuman 3 in 1. no more coffee.. minum susu jerk.. hahaha. kalau x turun gak pasni tau tahu lah. cuma satu jer la yang susah nak ikut. TIDUR YANG CUKUP... maaf la doktor yang ni betul-betul saya tak boleh nak pastikan sebab banyak keje kat rumah bila balik dari opis. nasib baik ada papa rajin tolong sidai kain...hihihi.

ok tu hal aku, ni hal anak plak. tahun ni isa dah 6 tahun. taun depan dah darjah 1. cepatnya masa berlalu. hati aku dok rasa dia tu tadika pun belum. semakin suka melawa dan semakin banyak barang "PINK" dia.. bersama cita - cita terbaru
 "ISA NAK MASUK RANCANGAN SUPERSTAR" 

haihhhh...sabor jer la mak ko, pengaruh siapa ni...??

papa lak sama cam aku... berkembang dengan pesat cuma lebih advanced sket sebab tekanan darah pun agak tinggi. penat kerja + tak cukup rehat rasanya. takpe pa.. pasni kita gusti sesama k... caiyookkk...! 

rasa tu je kot nak bagitau... otak aku jammed lepas terpandang flyers projek... 

TIDAKKKK...!!