Wednesday, 12 December 2012

Sejuk & Klasik...



air sirap sejuk yang sungguh klasik




sedap sangat kan.....??? hahahaha.. huduh..!

Monday, 10 December 2012

Hati Menagis..

Alahai, 10 hari sudah...hahahaha...semua cerita tersemat dalam kepala jer. dah tu macam mana nak buat..?? berhari - hati kat umah mertua, si berook tu dok meraahhhh jer. penat aku tunggu. alih2 tutup lappy g dapur makan durian lagi best...  ^_^

Dan hari2 seterusnya aku mmg sibuk sesangat. sibuk ulang alik dari rumah sendiri ke rumah mertua gara - gara demam bola sekarang neh. pastu terkejar-kejar balik rumah sendiri, mengemas membasuh...kalau ada mesin untuk iron bajukan bagus..!!  =P .  kejar hantar anak g taska plak.. kejar wat keje kat opis sorang-sorang plak.. konfem la mood ke laut jer..

Tapi semalam mood aku betul - betul ke laut.. sampai adik ipar aku taruk garam banyak giler dalam sayur pun aku tak pandang. maka terhidang la makan malam yang agak terlebih berperisa malam tadi... bukan sebab aku nak kawen lagi tau, oopppsss.. =D

kenapa mood aku ke laut..? Aku ke laut kerana nelayan adalah lah part-time job aku masa cuti sekolah..hmm, mmg tak lah kan.. Err, korang pernah tak rasa, di "orang luar"kan di dunia nyata walaupun dimulut mereka berulang kali kata "eh, kamu dah macam darah daging saya sendiri.." penah tak rasa..?? penah tak..??

Jom kita rasa sama-sama sebab itulah yang aku rasa sekarang nih. hati rasa penuh gebu, tp nangis pun tak guna. cuma mata aku ni berat jer, seberat jiwa aku nak hadap benda-benda ni. memang aku sangat - sangat tak faham, kenapa kalau "sesuatu" tu datang dari aku ataupun aku buat untuk diri aku sendiri semuanya akan menjadi kesalahan. menjadi pertikaian. dan mengundang perbalahan.

 Dan macam biasa, aku mmg banyak diam dari berkata - kata. nangis dalam hati banyak kali la kot. tp hari ni...saat ni, takde pertikaian takde perbalahan pun yang berlaku sedangkan "sesuatu" tu sama jer dengan "sesuatu" yang pernah aku buat bertahun yang lalu.. kenapa?? sebab tu darah daging sendiri..? lain ekk?? darah putih yer semua..?? 
oohhh..sangat menyentap.!! memang betullah aku orang luar. maka mulai saat ini jangan la gula - gulakan aku dengan berkata aku sedarah dengan kalian..

Aku tak marah, aku cuma sedih, HATI MENANGIS dan aku serabut sebab dalam otak aku berlegar beribu soalan yang bermula dengan perkataan "kenapa..kenapa..dan kenapa"??  sangat-sangat la aku rasa terasing walaupun makan dalam pinggan yang sama.hukhukhuk.  Aku akui memang kita manusia biasa, kita semua melakukan kesilapan. Tapi adakah mungkin disaat aku menyedari, cuba memperbaiki dan cuba mengikuti rentak kalian, kalian juga merasa perkara yang sama..??

Maaf, aku rasa TIDAK..!!

Saturday, 1 December 2012

Blog yang ditinggalkan... sobs..sobs..

Hurmmm... aku la tuh..!!
Hilang sesuka hati... datang pun sesuka hati gak... 
kalau la "dia" boleh bersuara, mesti "dia" dah mintak clash ngan aku... (T__T)
Sian kat "dia" kan..??  -- tp korang sian la kat aku gak...!! huhuhuhu

Aku tak lupa... aku punya blog.
Aku buka.. aku baca.. aku tutup..  aku takde hati nak menaip...
Yer.. kekangan waktu..! 
Aku sibuk menguruskan diri sendiri, keluarga dan kerjaya.. 
ewahhh cam menteri lak bunyi, ehh, haruslah kan.. =D

Sejujurnya kekangan waktu aku lebih kepada menguruskan diri sendiri... mengubat rohani yang calar balar.
Hasilnya..?? tunggu la... akan aku cerita taun depan. Ala...bukan lama pon 31 hari jer lagi... esok dah tinggal 30 hari... =)

Rasanya banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 2012 ni.. tp aku tak sempat nak cerita.
agak2nya kalau aku start bercerita esok... sempat x habis sebelum 1 Jan 2013..?? wakakaka..
Nak seribu daya, tak cuba tak tahu... mana la tau aku boleh siap 1 manuskrip ker...hihihihi..

Hah, kelmarin aku ada cerita...
tengah bersantai sambil tgk tv, tiba-tiba si kecik tu kata 

"umi,isa nak kawen...
 buat sekali dengan cik anis dngan cik ana tau. nak kawen sama-sama...!!" 
OMG...!! 
tua sgt dah ker mak ko ni nak ooiii sampai ko nk bg menantu..??

 *lapairmata*